Assalamualaikum warahmatullah. Hai guys!
Bertemu kita sekali lagi di dalam sharing kali ini.
Pada kali ini, saya ingin bercerita tentang “MODAL”..
Saya seringkali melihat, ramai orang yang mula berasa ghairah untuk memulakan penternakan kambing selepas melihat kejayaan penternak yang lain, ditambah lagi dengan galakan daripada kerajaan, nafsu dan semangat untuk menternak kambing itu semakin membuak-buak.
Disebabkan nafsu yang membuak-buak itu, mereka seringkali menjadi mangsa kepada pihak yang tidak bertanggungjawap.. yang menjual BAKA kambing dengan harga yang sangat tinggi.
Apa tidaknya?, cuba anda bayangkan.. seekor kambing penjantan yang ingin dijadikan baka dijual sehingga RM3,000 hingga RM8,000 seekor.
WOW! MAHALNYA,
Itulah harga baka penjantan kambing yang bermutu tinggi.. tapi satu perkara yang perlu anda ingat.. untuk menternak kambing, anda perlu ada Baka jantan dan juga Baka betina.. jika BAKA jantan sahaja anda sudah berhabis sehingga RM8,000.. berapa pula bajet baka betina anda? Takkan RM0 yer tak?
Kepada bakal-bakal penternak, sebelum anda mendapatkan sebarang BAKA kambing, anda perlulah terlebih dahulu mengenalpasti tujuan anda menternak kambing, adakah untuk tujuan komersial atau sekadar ingin mencuba dan suka-suka?
Jikalau sekadar ingin mencuba atau bermula dengan “kecil”, tak perlulah anda membeli baka yang mahal-mahal, memadai dengan membeli baka yang telah dikacuk, dan betinanya pula, beli dari jenis kambing katjang atau kampung. Ianya lebih mudah untuk dijaga dan tidak banyak songeh…
Jangan membazir membeli yang mahal-mahal.. takut nanti, modal habis untuk beli kambing BAKA saja. Tetapi kalau anda ada modal besar.. itu tidak mengapalah..
Membeli baka yang mahal bukannya tak bagus, tapi dalam dunia penternakkan ini kenalah bijak merancang kewangan dan perlu tahu apa matlamat anda.
Sekian.. Selamat menternak.
wassalam.
Yang Benar
Mohamed Farid Sulaiman
::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::
Mahukan panduan menternak kambing? Untuk info lanjut, tekan link di bawah 👇
Klik Sini : Panduan Menternak Kambing