Oleh: Databox Solutions
Tahun ini, untuk julung kalinya Entrepreneur Insight telah mengadakan Konvensyen Usahawan Bumiputra (KUB). Konvensyen yang diadakan di Dewan MATRADE, Kuala Lumpur pada 12 Ogos 2017 dihadiri oleh hampir 2,000 para usahawan bumiputra. Initiatif yang disokong kuat oleh pihak Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) ini bertujuan untuk meluaskan lagi rangkaian sesama usahawan serta memantapkan lagi ilmu keusahawanan domestik dan antarabangsa. (KUB.MY)